Recent Updates Toggle Comment Threads | Keyboard Shortcuts

  • nzlaa86 11:03 am on 12/10/2011 Permalink | Reply
    Tags:   

    Al Fatihah : kebahagiaan dalam perpisahan 


    Rindu sesuatu.
    adalah hajat
    yang padu jika
    niat asasnya
    jujur ibadah

    ingin bahagia
    sesama insan
    bakti mullia
    yang berterusan
    tulus amalan

    hajat diperlu
    untuk ke arah
    yang luhur syahdu
    jujurnya hajat
    hidupkan berkat

    taqwa diperlu
    untuk menghadap
    Allah yang satu
    penuh ibadah
    balasannya syurga~

    A samad Said
    Rindu Ibu,2006

    Pada masa ini, rindu masih bersisa, pada raut wajah yang tenang meninggalkan kami…Al Fatihah.

    p/s : pembaca post mohon sedekahkan al fatihah buat al marhumah matua (nenek) Dayang Fatimah bte Kassim. Terima Kasih.

     
  • nzlaa86 11:13 am on 11/09/2011 Permalink | Reply  

    Dedikasi buat VENUS yang telah bertemu MARS 


    Barakallahulakuma sahabat dunia akhiratku !

    CATATAN BERGAMBAR INI ADALAH tribute BUAT SAHABAT DUNIA AKHIRAT YANG TELAH MENEMUI SEPARUH DARIPADA AGAMANYA. MENYEMPURNAKAN MAKNA SEBUAH KEHIDUPAN.

    Ya, rasa kehilangan itu ada. Apabila seorang demi seorang sahabat memulakan langkah seterusnya dalam kehidupan masing-masing. Yakin, ini putaran kehidupan. Namun, masih tidak salah untuk merasa kehilangan. Rasa yang sama dirasai apabila meninggalkan sahabat seperjuangan di Kuala Lumpur, rasa seperti beralih ke planet lain. Kali ini rasa kehilangan kerana sahabat ini telah menemui planetnya sendiri, Planet MARSnya. Dan sudah pasti jalan cerita kehidupan selepas ini tidak sama seperti dulu. Justeru, gambar-gambar ini dinukilkan kerana mengingati betapa manisnya jalan perjuangan yang telah dilalui bersama.

    Seorang sahabat yang tidak jemu memberi sokongan dalam apa jua yang dilakukan, yang sudi menemankan ke meeting dan kadang-kadang tertidur menunggu meeting habis, yang paling sporting sudi menjadi teman merempit dikala hujan dan panas, yang tidak pernah berkira susah dan senang.

    Ya. ini sahabat saya sejak sekolah rendah, sekolah menengah, asasi nilampuri dan 4 tahun di Universiti Malaya. Β Nukilan ini buatmu che nor πŸ™‚

    Β 
    berteman memberi sesuatu kepada mereka

    kami adalah R E A L πŸ™‚

    Dinner setelah berhempas pulas siapkan video TIRAM πŸ™‚

    Pengalaman program dakwah seminggu pertama kali πŸ™‚

    Kami buat Pondok Panas tepi jalan πŸ™‚

     

    berdua merempit ke forum πŸ™‚

    Berdua ke DEMO πŸ™‚

    K A M I - membentuk cahaya πŸ˜€

    Mendoakan yang terbaik untuknya. Tidak tahu bila akan bertemu batu mengubah aliran perjalanan hidup. Tapi sangat mendoakan, walau apa keadaan kita selepas ini. Kita masih ada kenangan yang mahu dikenang, jalan perjuangan yang masih menyatukan. Moga yang terbaik untuk mu dalam perjalanan sebagai seorang isteri dan jalan perjuangannya sudah tentu lebih mencabar. Bekalan antibiotik telah dibekalkan. Buku La Tahzan sebagai antibiotik sekiranya berdepan dengan apa jua kesusahan hidup. Moga kita terus thabat. Berpegang pada janji bahawa kita akan selamanya bersatu dalam munajat dan nasihat.

     
  • nzlaa86 9:50 am on 08/30/2011 Permalink | Reply
    Tags: justsaying   


    “The worst thing one can do is not to try, to be aware of what one wants and not give in to it, to spend years in silent hurt wondering if something could have materialized – never knowing. “

     
  • nzlaa86 4:25 am on 08/25/2011 Permalink | Reply
    Tags:   


    Menjalani hari-hari, minggu-minggu, bulan pertama di bumi sendiri. Menekuni jalan-jalan yang dilihat di depan mata, mendalami selok belok yang baru di selak sedikit demi sedikit. Ya, banyak ruang perlu diisi, banyak tanggungjawab menanti, ada jalan baru perlu dimulakan. Menyedari kekuatan hati, jiwa dan diri berkadar langsung dengan kekuatan HATI dan JIWA kepada ALLAH. Menyedari bahawa JIWA ini tidak BESAR kerana tidak meletakkan ALLAH sebagai sumber kekuatan utama..terleka..tersasar..ALLAH… masih ada kah kesempatan? Seakan-akan tidak mampu diri mengangkat wajah menadah tangan mengakui segala kekhilafan..Moga masih sempat..moga ALLAH masih mahu memandang diri ini dengan pandangan kasihNya…

     
  • nzlaa86 3:10 am on 04/30/2011 Permalink | Reply
    Tags: , motivasi   


    “berbuat yang terbaik pada titik di mana aku berdiri, itulah sesungguhnya sikap yang realistik”
    β€” Andrea Hirata

    bekalan di jalan dakwah πŸ™‚

     
  • nzlaa86 3:01 am on 04/30/2011 Permalink | Reply
    Tags: cita-cita, gambar, mimpi   


    gantungkan cita-cita mu setinggi langit, Andrea Hirata berpesan :
    “Berhenti bercita-cita adalah tragedi terbesar dalam hidup manusia”

     
  • nzlaa86 10:38 am on 03/01/2011 Permalink | Reply
    Tags: , peristiwa   


    Sakinah ditemui di sini bersama mereka
    Sungguh jalan tarbiyah ini bukan mudah
    Mencetak generasi nilaiannya bukan ratusan ringgit
    Namun nilainya dengan airmata,titik keringat bahkan mungkin dengan darah
    Moga ALLAH meredhai usaha kecil ini
    Moga HATI-HATI kami terus di ikat untuk terus menyambung
    mata rantai perjuangan Islam di bumi di bawah bayu yang tercinta…

    Bicara Pasca-Profit 2011
    -Main Library, 6.37 pm

     
c
Compose new post
j
Next post/Next comment
k
Previous post/Previous comment
r
Reply
e
Edit
o
Show/Hide comments
t
Go to top
l
Go to login
h
Show/Hide help
shift + esc
Cancel